Thursday, 25 July 2013
semoga tabah menjadi pakaian hati
Semoga tabah menjadi pakaian hati
Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi bersua juga kita dengan ramadhan kali ini.ramadhan yg ke-21 bagi diri ini juga.Meskipun perlu menyambut ramadhan di perantauan namun Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan keizinan untuk meraikannya..
Meskipun pelbagai berita duka terpaksa dijalani sendiri,ramadhan kali ini pasti berbeza setelah ketiadaan arwah ibu tercinta.Semoga ayah akan baik sahaja hendaknya menyambut ramadhan sendirian dan boleh menanti kepulangan anaknya nanti.
Banyak dugaan dan cabaran terpaksa dihadapi setiap daripada kita,bukan ana sahaja namun untuk antum semua juga.Membawa kata guru di pondok,dunia ini negeri musibah dan negeri kedukaan bagi umat islam..maka bersabarlah dan ucapkanlah inalillah..kembalilah kepada Allah..
Benarlah kata cikgu2 semasa ana masih seusia sekolah menengah lagy..semakin dewasa kita semakin banyak tanggungjawab terpaksa dipikul. Terasa benar dibahu kita bukan?Terkadang penat dan lelah jua bahu memikul beban namun kuatkanlah hati kerana beban yg dipikul pasti telah Allah cukupkan dan ukurkan dengan kemampuan kita untuk memikulnya.
Husnuzon yakni berbaik sangka kepada Allah atas segala cubaan yg diberi.Meskipun pahit sesebuah kehilangan namun insyaAllah pasti telah Allah sediakan yg lebih baik drp kehilangan itu utk kita.Hidup ini tidak akan pernah sempurna,namun ia akan sempurna dan baik sekiranya kita boleh belajar menerima seadanya dan bersyukur terhadap apa yg Allah telah berikan.InsyaAllah pasti ganjaran sabar itu lebih besar dan lebih indah.
Tahniah kepada setiap seorang drp kita yg telah ditimpa musibah namun dengan diam kita mampu bersabar dan mampu untuk menunggu kemunculan sinar pengganti.. dan kepada kita yg masih jua tidak dapat untuk menemui cahaya disebalik kegelapan..berdoa dan bersabarkah..moga dibalas Allah kelak di jannahNya.
